Monday 24 April 2017

Unknown

6 JENIS KUCING PALING POPULAR DI MALAYSIA DAN KAREKTER

Kucing adalah haiwan paling popular menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai haiwan kesayangan. Namun begitu terdapat beratus jenis kucing di dunia ini. antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika ini adalah seperti berikut :-

KUCING KAMPUNG

Paling popular antara pilihan penggemar kucing kerana senang didapati dan mudah penjagaan mereka. kucing ini bersifat lasak dan berdikari serta bijak. selain itu pengendalian kucing kampung dari segi penjagaan rawatan dan makanan amat murah kerana kucing ini bersifat mempertahankan diri dan pandai berdikari



BRITISH SHORTHAIR

Kucing ini berbadan serderhana dan berbulu pendek rapat rapat seperti karpet. Asalnya kucing ini menjadi pilihan kerana sifat dan kepakaran ia berburu sangat hebat dan lebih dikenali sebagai kucing rumah untuk memburu tikus. kucing ini sangat bijak namun begitu tidak begitu manja. Pada pembela kucing baka ini harus mengawal pemakanan kucing ini kerana kebarangkalian kucing ini untuk obes sangat tinggi. jadi hati hati mereka memang senang menjadi bulat!!



MAINE COON

Kucing Maine Coon adalah kucing paling popular di dunia mungkin kerana size kucing ini boleh menjadi sangat besar dan berat boleh mencecah 7kg ke 12kg. Ekor kucing ini juga panjang dan bulunya tebal,  tekstur bulu dan bulu di sekitar leher yang menyerupai singa. Walaupun rupa kucing ini agak garang tapi anda perlu tahu kucing ini sangat manja dan senang bergaul.


RAGDOLL

Kucing Ragdoll ini merupakan jenis kucing berbadan besar, yang mempunyai dada lebar. Kucing jenis ragdoll memiliki kepribadian yang cukup baik di antara kucing lain. Ragdoll memiliki suara yang lembut, bersahabat, manja , tidak suka mengganggu siapa saja dan suka bermain (aktif). Kucing jenis raggdol sangat mudah di latih untuk di jadikan teman bermain. Ragdoll dikenali sebagai kucing yang mahal dan harga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. 


SPHYNX

Di balik wajah dan bentuk seperti tikus, kucing Sphynx memiliki sifat yang sangat ramah, lembut, dan gemar mencari perhatian. Kucing ini sangat mudah akrab dengan manusia dan haiwan peliharaan lainnya, termasuk anjing. Kucing Sphynx merupakan kucing yang aktif dan sangat suka bermain. Nanum kucing jenis ini sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang lebih. Kucing ini lebih kerap harus dimandikan dari jenis kucing yang mempunyai bulu.



MUNCHKIN

Munchkin adalah senis kucing yang berkaki pendek. Namun begitu tidak menganggu untuk mereka berjalan dan melompat serta aktif seperti kucing kucing jenis lain. kucing ini sangat manja dan peramah dan menjadi pilihan kanak kanak untuk bermain dengan mereka. kucing munchkin agak cerewet dan suka menarik perhatian tuannya. dengan rupa fizikal yang unik dan comel membuatkan baka ini menjadi pilihan ramai tetapi harga kucing ini agak tinggi. 



Jadi pilihan anda yang mana???

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
24 April 2017 at 21:30 delete

patutla kawan suka dengan kucing kampung

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
24 January 2023 at 00:20 delete

kucing maine coon kucing paling gentle

Reply
avatar