kucing yang setia masih menunggu tuannya di kubur sejak setahun lalu
Kisah kucing setia ini menjadi viral kerana tidak mahu berpisah dengan tuannya yang telah meningggal sejak setahun yang lalu. Kucing itu pertama kali didengar ‘menangis’ ketika berehat di atas kubur di Jawa Tengah oleh seorang penduduk tempatan, Keli Keningau Prayitno, 28.
Walau ada yang cuba memelihara kucing itu tetapi haiwan berkenaan tetap kembali ke lokasi yang sama sambil menggeselkan badannya di petak kubur berwarna biru milik tuannya yang tertera nama Ibu Kundari. Bijaknya kucing ini dia akan pulang ke rumah anak anak tuannya untuk makan dan kembali menjada kubur tuannya Ibu Kundari.
Dengan peristiwa ini kita dapat satu contoh yang sangat mengharukan betapi kucing mengenang jasa dan setia meyayangi tuannya walaupun telah pergi
Pun begitu penduduk kampung yang lalu lalang juga turut bersimpati dan memberi makan kepada kucing ni...