Sunday 30 April 2017

Unknown

WET FOOD BERHASIAT MURAH !!!! JOM BUAT !!!



Resipi HOMEMADE WETFOOD. Lebih jimat, lebih sihat! ☺

*Bahan-bahan*
1. Untuk resipi ni sy guna ikan tamban 1kg. Boleh guna ikan kembung, selar, selayang atau apa sahaja(optional). Nak guna isi ayam/daging pun boleh.
2. Sayur dalam segenggam. Boleh guna hirisan lobak @ bayam @ labu @ kacang panjang(optional). Tapi jangan terlalu banyak. Untuk portion 1kg bahan utama, cukup sekadar segenggam sayur supaya rasa tidak hilang.
3. Agar-agar tali(kalau paket besar RM5.00 tu kita nak guna setengah sahaja untuk 1kg bahan utama.

*Cara-Cara*
1. Buang perut dan insang ikan. Kalau guna ikan kecil macam tamban ni taknak buang pn takpe...tapi tahan la baunya masa rebus nanti. Bau macam dosa-dosa silam. Kalau guna isi ayam/daging potong dadu jela.
2. Rebus sehingga masak.
3. Letak bahan utama dalam blender dan rendam air kemudian tos. Jangan blend panas2 nanti razor blender tu rosak. Beli pakai duit. Kalau mak punya, mengamok mak tu nanti. Untuk ikan, nak ambil isi sahaja pun boleh...kalau ikan tamban@kembung saya blend je sekali dgn tulang2 dan kepalanya..pastikan hancur betul ya. Jangan risau...sy biasa buat. Memang hancur.
4. Blend bersama sayur pilihan kita. Nak tambah segenggam ikan bilis pun boleh...lagi sedap(kucing sy cakap la). Blend sehingga larut dan hancur kesemuanya.
5. Masak semula guna air rebusan tadi dalam 1/3 dari kuantiti bahan kisaran. Tak cair tak pekat. Masukkan agar-agar tali(setengah sahaja kalau paket besar). Masak hingga sebati.
6. Letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk(bahagian bawah). Biar dalam 3 ke 4 jam.
7. Sedia untuk dimakan. Potong mcm wetfood dan hidangkan berhias kasih sayang. Kalau anda nk makan dgn nasi dan kicap pun boleh tp lepas tu mengiau la. Meow~

*Bajet*
-Ikan tamban 1kg RM2.00
-Agar-agar tali setengah paket RM2.50
-Sayur segenggam takkan takde kt rumah... Letak la dalam RM0.50
TOTAL = RM6.00 hingga 10.00

--> Jimat boleh makan lebih seminggu. Selangkan dgn kibbles supaya kucing anda tak naik lemak dan cerewet makan. Ajar dia bersusah sikit. Bagi wetfood ni pagi dan malam sebelum tidur sahaja. Tengahari macam biasa. Homemade Wetfood ni lebih sihat dan menyelerakan...tanpa bahan pengawet. Kucing lebih manja dan kurang degil bila makan air tangan tuannya. Selamat menggemukkan kucing! 😊🐈





Read More
Unknown

Anjing Menyelamatkan Anak Kucing yang Hampir Mati Di Jalanan

Seekor anak kucing yang dipisahkan oleh induknya dan dibuang di jalan raya mampu bertahan hidup setelah diselamatkan dan dipelihara oleh induk anjing kampung liar. Setiap hari, anak kucing ini hidup dan disusui oleh induk anjing dan bermain bersama lima anak anjing.

Kisah tersebut terjadi di Kampung Kaccia, Kelurahan Barombong, Kecamatan Tamalate, Makassar, Sulawesi Selatan.

Anjing betina liar tersebut milik Idris Tamajannang (29).

"Sudah tiga hari. Awalnya saya kira akan dimakan, tetapi ternyata dibawa ke sarangnya, baru disusui," kata Idris, Rabu (8/2/2017).

Awalnya, anak kucing ini dipungut oleh warga dan membawanya ke rumah Idris. Naas, saat terlihat oleh induk anjing, anak kucing ini pun digigit dan dibawa ke sarang anjing yang berada di rimbunan pohon bambu, yang ternyata malah dirawat dan disusui seperti anaknya sendiri.

Fenomena ini menjadi perhatian warga setempat. Mereka pun hampir setiap hari datang ke rumah Idris hanya untuk menyaksikan induk anjing menyusui anak kucing.

"Iya, memang aneh. Biasanya kan anjing sama kucing bermusuhan, tetapi ini malah tidak. Apalagi ini kan anjing liar, bukan anjing yang sengaja dipelihara di dalam rumah," kata Sailellah, salah seorang warga Kampung Kaccia.
Read More
Unknown

‘Takde Dah Kucing Yang Wajib Kejut Subuh’

Kucing merupakan salah satu haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia. Bagi pencinta kucing, kucing tu merupakan kawan baik, cinta hati, intan payung dan peneman mereka setiap hari. Kiranya kalau dapat bermanja pun dah cukup untuk hilangkan stress kerja dan sebagainya.
Kali ni kami nak kongsi kisah sedih seorang tuan bersama kucingnya yang mati akibat daripada kekejaman manusia. Korang baca la sendiri.. Kami baca pun naik sebak kami dibuatnya..

‘Aku tak boleh terima..’

Semalam pukul 2 pagi ada dengar bunyi anjing kuat gila. Terus cari ebi. Turun bawah, bukak gate, slow2 g tengok mmg ada benda terbaring atas tanah. Mintak2 bukan ebi, pejam mata slow2 jalan kearah benda tu. Dalam hati aku, tolong bukan ebi, tolong bukan ebi. Tapi aku silap, memang ebi. Aku hampir rebah. Kucing yg aku belai hari2 cium hari2 skrg depan mata aku berlumuran darah, badan dikoyak2, kepala aku xboleh fokus. Aku xboleh terima.

‘Takde dah kucing yang wajib kejut subuh..’

Aku sayang ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tau kisah kucing aku dgn aku saja yg akan faham. 7-8 ekor anjing dewasa serang dia, ebi belum cukup 1 tahun, dia manja terlampau walaupun dia nakal. Takde dah kucing yg wajib kejut subuh, yg mmg akan datang cium pipi sebagai terima kasih selepas makan walaupun lepas tu nak keluar rumah. I cant get over it. Aku masih xfaham dlm byk2 kucing liar, kenapa ebi yang kena benda ni. Patutlah 2-3 hari ni melampau manja dia.

Dia kucing kampung yang tak comel tapi…

Perangai dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar kau syg dia sbb dia comel. Dia kucing kampung yg xcomel mcm kucing org, ekor dia pun cacat, kucing yg ada perasaan rindu bila kena boarding 3 hari dkt klinik, kucing yang tahu merajuk kalau lebihkan yg lain, kucing yang mintak teman makan kalau tak memang dia takkan makan, yang pandai berterima kasih, yg pandai memujuk atau memanggil kalau dia dapat tangkap sesuatu, yang tahu kalau aku nak g kerja dia akan baring atas katil mengiau mintak belai, yang tunggu depan pintu everytime kereta aku masuk parking.

‘Dia bestfriend, dia family..’

Dia comel dalam kekurangan dia tu. Allah, imagine lah kucing yg teman hari hari hidup bujang, yg kongsi almost everything walaupun aku tau dia xfaham. Tapi skrg aku rasa dia faham. Sbb dia dah ada dalam hati aku. Yes, ebi tu kucing je tapi dia bukan sekadar kucing. Dia bestfriend, dia family. Hati aku hancur.
Read More
Unknown

Introducing the Domestic Cat


Despite its obvious liking for comfort and human company, the domestic cat has many of the same characteristics as its wild relations. it shares the lithe  muscularity of a body built for stalking and hunting and a fine furred pelt with the big roaring cats of the jungle savanna. In fact, there are smaller wild species that have a times left their feral state to cohabit with humans. At this level, the boundaries between wildness and domesticity  remain fluid. For although the domestic feline appears to have a smaller brain than the wild counterpart, if forced by circumstance, it can quite easily revert to the free-roaming, independent life of a wild predator.

via - The Ultimate Encyclopedia Of Cats, Cat Breeds & Cat Care














Read More
Unknown

LAKSA PALING POWER KAT KEDAH

ALOR SETAR - Bagi mereka yang pernah berkunjung ke negeri Kedah dan gemar melakukan aktiviti "jalan-jalan cari makan", pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba Laksa Teluk Kechai yang popular seantero utara ini.

Laksa Teluk Kechai adalah antara laksa yang popular di utara ekoran kelainannya yang dihidang bersama sambal kelapa yang akan mencetus rasanya, lain dari yang lain.

Antara premis terkenal yang menyajikan Laksa Teluk Kechai yang "famous" di negeri ini adalah Laksa Zakaria Teluk Kechai yang berlokasi di Jalan Kuala Kedah, Kampung Klong Hoi.

Dibuka setiap hari bermula 12 tengah hari sehingga 10 malam, restoran Laksa Zakaria Teluk Kechai menjadi persinggahan orang ramai dari dalam dan luar negara tanpa mengira peringkat umur mahupun kaum sekiranya mereka menjejakkan kaki ke Alor Setar.

Semangkuk laksa hanya berharga serendah RM3.50 dan harga bagi sekilo laksa beserta bahan dan kuahnya pula pula RM14 boleh dibeli untuk dibawa pulang ke rumah.

Keistimewaan Zakaria laksa adalah dari segi bahan-bahan yang di masak sendiri termasuk laksa beras dan sambal kelapanya.



Kuah laksa yang diperbuat daripada isi ikan selayang itu semestinya menambat selera penggemar makanan ini ditambah pula dengan sambal kelapa sebagai bahan pemekat kuah tersebut.

Selain laksa, pulut sambal juga merupakan salah satu hidangan laris di kedai ini kerana kesedapan inti sambalnya yang manis pedas berjaya memikat hati pengunjung yang singgah di situ.


Hidangan lain yang terdapat di Zakaria Laksa termasuk laksam, satay, laici kang, ais kacang dan cendol.

Sehingga kini, Restoran Zakaria Teluk Kechai telah beroperasi bagi tiga generasi selama 55 tahun dan dinamakan bersempena nama datuk kepada pemilik kedai berkenaan, Zailuddin Zakaria.

Difahamkan bahawa Zakaria Teluk Kechai dibuka pada setiap hari, kecuali Jumaat. - Kedahnews.com
Read More

Saturday 29 April 2017

Unknown

10 perkara tentang kucing yang anda mungkin tidak tahu:




1. Secara puratanya, kucing menghabiskan 2/3 setiap hari dengan tidur. Bagi kucing yang berusia sembilan tahun, ia hanya berjaga selama 3 tahun sepanjang hidupnya.

2. Kucing tidak mempunyai sweet tooth. Saintis percaya ia berpunca daripada mutasi dalam deria rasa utama.
3. Apabila seekor kucing sedang mengejar mangsanya, ia akan mengekalkan paras kepalanya.
4. Untuk turun dari pokok, kucing tidak boleh menurunkan kepalanya dahulu kerana cakar di kakinya menghala arah yang sama sebaliknya kucing perlu berundur untuk turun dari pokok.
5. Otak kucing secara biologinya mempunyai persamaan dengan otak manusia. Kedua-duanya mempunyai 'daerah-daerah' yang sama di dalam otak mereka yang bertanggungjawab untuk mengawal emosi.

6. Pendengaran seekor kucing adalah lebih baik daripada seekor anjing. Kucing boleh mendengar bunyi berfrekuensi tinggi sehingga 2 octave lebih tinggi daripada manusia.
7. Kucing boleh bergerak pada kelajuan kira-kira 31 mh (49 km) melalui jarak yang dekat.
8. Seekor kucing mampu melompat sehingga lima kali ganda ketinggian sendiri dalam sekali lompatan.
9. Kucing suka menggosok badan di tubuh manusia bukan sahaja untuk menunjukkan kasih sayangnya tetapi juga untuk 'menanda' kawasannya.
10. Nabi Muhammad SAW juga sangat menyayangi kucing. Baginda memiliki seekor kucing kesayangan bernama Mueeza. Baginda sangat menyayangi Mueeza.

Read More
Unknown

Anak Kucing Menderita Selepas Mata, Telinga dan Hidung Dijahit


Biarpun masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, anak kucing berusia sebulan ini dijahit mata, telinga dan hidung oleh samseng jalanan dalam kejadian di Filipina.

Menurut Leonora Calamba, 41, kucing tersebut ditemui dengan keadaan mata, telinga dan hidung berjahit, dan ia berada dalam keadaan sukar untuk bergerak, sukar untuk makan dan hilang keseimbangan badan.

July dipercayai terseksa sedemikian rupa hampir seminggu.

Bagaimanapun, July kini sudah sembuh apabila Leonora mengambilnya pulang ke rumah dan memberi rawatan kepadanya dengan segera.

Menurusi video yang dimuat naik, July dilihat menjerit kesakitan ketika Leonora dan keluarga cuba membuang jahitan satu persatu.

Leonora berkata: "Kasihan kucing ini. Sangat sukar untuk keluarkan semua jahitan. Dia menjerit kerana ia sangat menyakitkan.

"Tapi hanya cara ini yang boleh menyelamatkannya. Siapa yang menganiaya anak kucing ini sangat jahat, mereka perlu di hukum sebelum mengulanginya semula".

Anak saudara Leonora, Jonil berkata dia percaya orang yang melakukan penyiksaan ini adalah orang yang gila dan July sudah berada dalam keadaan sedemikian selama seminggu.

"Apabila makcik saya ternampak July, dia terus mengambil dan menjaganya. Ianya sangat tragik. Kami menemui anak kucin gitu dengan jahitan benang di mata, hidung dan telinganya.

"Kami boleh menganggap orang yang sanggup melakukan perkara ini adalah orang gila. Siapa lagi yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa kepada kucing yang langsung tidak boleh mempertahankan diri ini?

"Kucing itu baru berusia dua minggu. Nasib baik kami terserempak dengannya di waktu yang tepat, atau tidak, ia tentu sudah mati" kata Jonil.

 July kini sudah pulih tetapi kesan kekejaman itu masih boleh dilihat di telinganya.


Read More
Unknown

Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu



Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun, kucing sebenarnya mempunyai fakta yang terkait padanya yang tidak semua orang tahu.

Kucing bukan hanya boleh menjadi tempat untuk bermain bersama, malah juga mampu menghilangkan tekanan pada manusia. Kucing adalah binatang peliharaan yang boleh memberikan ketenangan disamping menghilangkan tekanan yang dilalui manusia.

ada banyak fakta tentang kucing yang kita tidak tahu.. jom cek !!!

Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu

  1. Kucing boleh mengesan gempa bumi. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.
  2. Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah.
  3. Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.
  4. Kucing tidak memahami sebab mereka dihukum jika melakukan kesalahan. Mereka harus dipuji dan diberi ganjaran untuk tingkah laku yang diingini sebaliknya.
  5. Kucing menghidu hidung masing-masing kala bertemu. Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.
  6. Saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’.
  7. Kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida.
  8. Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usia.
  9. Mereka masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya.
  10. Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat.
  11. Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar, cuba kedip mata anda dan pandang ke arah lain kala merenung matanya.
  12. Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat.
  13. Kucing boleh menerima haba atau kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun.
  14. Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.
  15. Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.


Read More
Unknown

Tanda Tanda Kucing Sedang Sakit




Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - 

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, karektor dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Pada tajuk Kesihatan kucing secara umum ada teman senaraikan beberapa tanda-tanda kucing anda sedang sakit. Hari ini teman akan cuba menghuraikan satu persatu tanda-tanda berikut.

Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:

Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)
Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. 

Jika ini 
berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  • Kucing demam.
  • Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  • Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  • Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  • Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.


Susah Hendak Makan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan
Penurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:
Parasit/Kutu
Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex  - FELV)
Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
Penyakit Hati. (Liver Disease)
Kencing Manis. (Diabetes)
Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)
Stress. (Kucing yang stress akan menyebabkan penurunan berat badannya)

Muntah
Setakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:
Gumpalan bulu. (Hairball)
Makan terlalu cepat/gopoh.
Makan benda yang tidak boleh dihadam.
Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.
Infeksi/ Jangkitan penyakit
Parasit/Kutu
Racun
Sebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"

Darah didalam air kencing
Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuri' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Sukar membuang air kecil
Perkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan  darah didalam air kencing. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau
penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.
Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
Menggigil. -  suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.

TIPS KATA-KATA
Jagalah kucing anda sepertimana anda menjaga anak anda sendiri, kerana dengan pemerhatian dan memahami tingkahlaku kucing anda dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku keatas kucing anda.
Read More
Unknown

Seekor Kucing Menjaga Kawannya Yang Cacat

Kisah persahabatan dua ekor kucing menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik oleh laman Facebook, kucing yang dikenali sebagai Nabi itu cacat kedua belah kakinya. Bagaimanapun, disebalik kecekalan Nabi untuk meneruskan hidup, dia ditemani oleh kawannya yang setiap berada di sisi tidak kira masa. Seorang penduduk yang selalu memberi makan kepada kucing itu berkata: “Mungkin rakannya itu tahu membaca fikiran Nabi.” Apabila terdapat kucing liar cuba mendekati mereka, rakan Nabi akan cuba melindungi Nabi dan menghalau kucing terbabit. Menurut SBS TV juga, pengawal Nabi berjaga untuk menjaga rakannya itu sepanjang hari. Apabila tiba waktu malam, barulah ia akan menghampiri rakannya itu untuk menjilatnya. Orang ramai yang terkesan dengan persahabatan dua ekor kucing itu menjaga mereka dengan memberi makan, menjaga tempat tinggal mereka serta memberikan ubat.
Lagi menyayat hati, rakan Nabi akan menunggu Nabi selesai mengenyangkan perut terlebih dahulu sebelum makan.

– SIAKAPKELI


Read More

Friday 28 April 2017

Unknown

Tips Menjaga Anak Kucing Yang Di Tinggalkan Ibu



Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.

Jika anda mengalami situasi ini bantu la baby baby comel itu disini disertakan tips pengajaan untuk anda : 


MENYUSUKAN ANAK KUCING

Anak anak kucing perlu menyusu dengan kerap 2-3 jam sekali. mereka menyusu dalam kuantiti yang sikit sama seperti bayi manusia.Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

pelbagai cara untuk menyusukan anak kucing ini contohnya menggunakan :- 
  • picagari
  • kain yang di rendam susu pada bucu kain
  • botol susu kucing



BANTU SI COMEL UNTUK BERAK DAN KENCING 

Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

caranya mudah untuk membantu mereka. selesai menyusu ambik kain lembab suam dan lap cara perlahan ke kemaluan mereka.




SI COMEL PERLU SELAMAT DAN SELESA

Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).


Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.
Read More
Unknown

PARVO VIRUS. SIMPTOM & CARA MENGATASI ( VIRUS MEMBUNUH )


PARVO VIRUS. SIMPTOM & CARA MENGATASI
*virus yg sinonim & sering terkena pada haiwan bulus kesayangan seperti kucing, musang, anjing
*chance utk hidup 50/50 ( namun masih ada ikhtiar )
*bila sebut je 'virus' ubat spesifik (ubatan moden) yang boleh menyembuhkan 100 peratus masih belum di jumpai..

SIMPTOM : 1. Muntah air/air liur sahaja keluarr/buih
3. Hilang selera makan/ tak nak makan langsung
2. Cirit (kadang2 kluar macam air je brcampur najis kuning@coklat cair, bau lebih busuk dri bau najis time dia sihat@normal, kadang2 ada campuran darah sikit)
CARA MENANGANI (selain bawa ke vet)
4. Demam panas tapi kadang2 suhu boleh drop sampai bawah 35degree (kalo musang blh cek dgn pegang telinga kalo sejuk tu biasanyer xnormal) 5. Letih/tak aktif/murung/semakin kurus 1. Kena paksa makan & minum
bg buah yg dh di blend (jika terkena pd musang), mknan lembut@brsaiz kecil (jika terkena pd kucing@anjing) sbb usus si bulus yg mnghidap virus parvo nie dh dijangkiti & xkuat sprti biasa utk mnghadam mkanan yg brsaiz besar (jus gaster dlm perut si bulus sukar utk mnyerap dlm mkanan bermolekul besar krne perlu 'berkerja' lbih)..
sehari sekali bg madu asli*pastikan yg btol2 asli..kuantiti brgantung pd saiz@usia.. jgn trlalu byk krne madu brsifat 'panas'.. lpas bg dlm seminit due biasenyer akan nmpak direct tindak bls haiwan bulu kite tu.. mmg mcm azab/seksa sikit tgk reaksi si bulu tu nnt.. mcm nk muntah tp xklua pape.. bertabahla demi utk kesihatan die..huhu bg air zam2 pure (yg dijual di kedai2 skrang byk tiruan sbb byk yg dh dicampur air biase) @ bg air kelapa muda @ air 100plus yg dh xde gas utk dpt extra tenaga..
3. Apa2 bekas yg dia guna kena bersihkan setiap hari (bekas minum@shrink mesti steril guna air panas.. better kalo guna shrink baru setiap kali nk bg ubat@mkn.. mksudnyer shrink pakai buang)
2. Wajib bersihkan cage & sisa najis si bulus -basuh/lap pakai clorox kmudian bilas dgn air bersih.. -bila bersihkn najis(berak@kencing) buang dlu najis.. seeloknyer pkai tisu biase (bukan kain yg kite akan basuh & guna blk).. pastu lap (guna tisu jgk) dgn clorox (seeloknyer guna yg btol2 brand CLOROX krne sifat asidnyer lbih kuat).. kmudian bilas dgn cara spray febrizee antibakteria & lap sehingga btol2 kering.. -kalo ada 2 cage ganti2 masa nk bersih lbih baik..
*sbgai muslim setiap kali mkn/mnum/bg ubat pd si bulus mulakan dgn bismillah, selawat 3x & last skali mtk pd Allah sembuhkan sakit si bulu kite.. kita dh usaha.. tawakkal kpdNya je yg tinggal.. yakin pd Allah.. insyaAllah
4. Ubat2 lain plk seeloknyer bg garam bukit & myk kelapa yg direka khas utk si bulus (sy dptkn dgn Norasikin Ryan Reza), energy booster,antibiotik secukupnya (blh dpt di vet@petshop).. 5. Kuarantinkan si bulus kite yg trkena virus parvo dri smue org/binatang laen.. 6. Selalu usap si bulus sewaktu dia sakit.. bg semangat.. ckp yg die akan sihat.. bg sy dia blh phm melalui nada suara kite.. huhu *ubat semulajadi paling mujarab bg sy.. AIR ZAM-ZAM,GARAM BUKIT, MINYAK & AIR KELAPA, MADU ASLI
truskan usaha & tawakal..
*alhamdulillah si bulus sy berjaya bertahan.. hidup & sihat kembali setelah mnggunakan cara2 di ats wlaupn dh msuk hari ke-4 die sakit.. dh nyawa2 ikan & xlarat nk bngun brjln dh mse tu.. x sangka die blh survive..huhu.. perkongsian ini hadiah dri kami utk si pencinta bulus smue..mohon share utk perkongsian ilmu si pencita bulus *special thanks to bro Khairul Khar COPY PASTE DARI JACK JZ
apapun rajin dgn x rajin je..
Read More
Unknown

TANDA TANDA KUCING NAK MENGAWAN

Kita mesti bingung apa bila kucing kita mengalami perubahan mendadak. ada diantara kita masih tidak mengerti tanda tanda kucing telah sampai masa mengawan. beberapa perubahan sikap kucing yang kita boleh jangkakan jika kucing kita in heat adalah seperti berikut:

1. Terlebih manja..

Kucing kita akan terlebih manja dari biasa, dan dia akan sentiasa menggeselkan baddannya dikaki kita atau perabut semasa estrus, dan sekiranya kita ada kucing jantan yang belum dineuter, kucing betina itu akan sentiasa berusaha menarik perhatiannya. 

2. Sentiasa berada dalam kedudukan 'mating' ie lordosis..

Dalam keadaan ini biasanya kepala kucing akan rendah ke bawah manakala bahagian sisi dan belakangnya akan tinggi sedikit. Kucing betina juga akan mengalihkan ekornya ketepi bagi mendedahkan bahagian vaginanya.

3. Mengeluarkan bunyi yang bising..

Kucing akan mengeow dengan lebih kerap dan lebih bising, bertujuan untuk menarik perhatian pasangan

4. Spray atau marking..

Tak semua kucing betina akan spray atau marking urine mereka dirumah, tetapi jika ianya berlaku ia merupakan satu proses yang natural..walaupun kita akan rasa geram. Kucing betina akan menanda kawasan untuk menarik kucing jantan..

5. Kerap menjilat vagina..

Kucing betina akan kerap menjilat vagina mereka yang kelihatan sedikit membengkak..


Read More

Thursday 27 April 2017

Unknown

SEBAB KENAPA KUCING TIDAK MENGGUNAKAN BEKAS PASIR YANG DISEDIAKAN

Adakah anda pernah mengalami dimana situasi kucing anda tidak mahu menggunakan bekas bekas najis? nahhh disini antara sebab kita sertakan sebagai panduan pencinta kucing

1. Pasir dan tandas yang kotor

Sifat Si comel ni kebanyakkannya memamg cerewet, sebab itu dipanggil “Fussy Cat”. Mereka sukakan tempat yang bersih, dan tiada bau busuk yang memualkan. Sebab itu, disarankan pemilik kucing untuk selalu membersihkan tandas dan pasir mereka. Paling kurang pun 2x sehari. Pasir yang jarang ditukar menyebabkan pengumpulan bau ammonia yang kuat dan tengit. Ini akan membantutkan keinginan mereka untuk menggunakan tandas tersebut. Apa lagi, mana-mana port yang best dan selesa menjadi sasaran. Cth; bawah sofa, belakang langsir dan yang paling win dalam sinki dapur!

 
2. Lokasi Tandas

Lokasi adalah penting untuk memastikan si comel anda dapat melepaskan hajat dengan tenang dan selesa. Carilah lokasi yang terlindung, bersih dan redup kerana kucing bersifat pemalu dan territorial. Mereka tidak gemar untuk melepaskan hajat secara terang-terangan kerana mereka cepat rasa terancam. Jika boleh elakkan meletakkan tandas di sebelah mesin basuh kerana bunyi yang bising

 
3. Pertukaran Jenis Pasir

Jangan terkejut kalau kucing anda tidak mahu menggunakan tandas mereka jika ditukar jenis pasir secara mendadak. Seperti yang dikata di atas, kucing adalah haiwan yang cerewet dan territorial. Mereka tidak suka pada perubahan yang baru,

 
4. Bekas Pasir/ Tandas –saiz, jenis

Saiz tandas kucing memainkan peranan juga, untuk keselesaan mereka utuk meyempurnakan urusan. Bayangkan saiz kucing yang besar, tersepit dalam bekas kecik. Sudah pasti terbantut hajat mereka di situ. Kenal pasti karekter kucing anda, adakah mereka suka tandas terbuka atau tandas bertutup.

 
5. Perubahan kawasan sekitar

Sekiranya anda baru berpindah rumah atau memindahkan tandas mereka ke tempat baru, berilah peluang untuk kucing anda beradaptasi di tempat baru. Bukan semua kucing/haiwan atau orang yang sukakan perubahan drastik.

 
6. Tandas yang tidak cukup

Keturunan keluarga Feline ini memang dikenali dgn kecerewetan mereka. Mereka sukakan tempat yang ada bau/ marking mereka.Jika tandas dikongsi dengan terlalu banyak kucing lain, dengan bau yang bercampur dengan masa menunggu giliran yang lama..oh, siapa yang sanggup?

Read More
Unknown

KAJIAN YANG DIJALANKAN UNTUK KEBERSIHAN SERTA KUMAN PADA KUCING

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya


4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Read More