Thursday, 27 April 2017

Unknown

SEBAB KENAPA KUCING TIDAK MENGGUNAKAN BEKAS PASIR YANG DISEDIAKAN

Adakah anda pernah mengalami dimana situasi kucing anda tidak mahu menggunakan bekas bekas najis? nahhh disini antara sebab kita sertakan sebagai panduan pencinta kucing

1. Pasir dan tandas yang kotor

Sifat Si comel ni kebanyakkannya memamg cerewet, sebab itu dipanggil “Fussy Cat”. Mereka sukakan tempat yang bersih, dan tiada bau busuk yang memualkan. Sebab itu, disarankan pemilik kucing untuk selalu membersihkan tandas dan pasir mereka. Paling kurang pun 2x sehari. Pasir yang jarang ditukar menyebabkan pengumpulan bau ammonia yang kuat dan tengit. Ini akan membantutkan keinginan mereka untuk menggunakan tandas tersebut. Apa lagi, mana-mana port yang best dan selesa menjadi sasaran. Cth; bawah sofa, belakang langsir dan yang paling win dalam sinki dapur!

 
2. Lokasi Tandas

Lokasi adalah penting untuk memastikan si comel anda dapat melepaskan hajat dengan tenang dan selesa. Carilah lokasi yang terlindung, bersih dan redup kerana kucing bersifat pemalu dan territorial. Mereka tidak gemar untuk melepaskan hajat secara terang-terangan kerana mereka cepat rasa terancam. Jika boleh elakkan meletakkan tandas di sebelah mesin basuh kerana bunyi yang bising

 
3. Pertukaran Jenis Pasir

Jangan terkejut kalau kucing anda tidak mahu menggunakan tandas mereka jika ditukar jenis pasir secara mendadak. Seperti yang dikata di atas, kucing adalah haiwan yang cerewet dan territorial. Mereka tidak suka pada perubahan yang baru,

 
4. Bekas Pasir/ Tandas –saiz, jenis

Saiz tandas kucing memainkan peranan juga, untuk keselesaan mereka utuk meyempurnakan urusan. Bayangkan saiz kucing yang besar, tersepit dalam bekas kecik. Sudah pasti terbantut hajat mereka di situ. Kenal pasti karekter kucing anda, adakah mereka suka tandas terbuka atau tandas bertutup.

 
5. Perubahan kawasan sekitar

Sekiranya anda baru berpindah rumah atau memindahkan tandas mereka ke tempat baru, berilah peluang untuk kucing anda beradaptasi di tempat baru. Bukan semua kucing/haiwan atau orang yang sukakan perubahan drastik.

 
6. Tandas yang tidak cukup

Keturunan keluarga Feline ini memang dikenali dgn kecerewetan mereka. Mereka sukakan tempat yang ada bau/ marking mereka.Jika tandas dikongsi dengan terlalu banyak kucing lain, dengan bau yang bercampur dengan masa menunggu giliran yang lama..oh, siapa yang sanggup?

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :