Sunday 30 April 2017

Unknown

WET FOOD BERHASIAT MURAH !!!! JOM BUAT !!!



Resipi HOMEMADE WETFOOD. Lebih jimat, lebih sihat! ☺

*Bahan-bahan*
1. Untuk resipi ni sy guna ikan tamban 1kg. Boleh guna ikan kembung, selar, selayang atau apa sahaja(optional). Nak guna isi ayam/daging pun boleh.
2. Sayur dalam segenggam. Boleh guna hirisan lobak @ bayam @ labu @ kacang panjang(optional). Tapi jangan terlalu banyak. Untuk portion 1kg bahan utama, cukup sekadar segenggam sayur supaya rasa tidak hilang.
3. Agar-agar tali(kalau paket besar RM5.00 tu kita nak guna setengah sahaja untuk 1kg bahan utama.

*Cara-Cara*
1. Buang perut dan insang ikan. Kalau guna ikan kecil macam tamban ni taknak buang pn takpe...tapi tahan la baunya masa rebus nanti. Bau macam dosa-dosa silam. Kalau guna isi ayam/daging potong dadu jela.
2. Rebus sehingga masak.
3. Letak bahan utama dalam blender dan rendam air kemudian tos. Jangan blend panas2 nanti razor blender tu rosak. Beli pakai duit. Kalau mak punya, mengamok mak tu nanti. Untuk ikan, nak ambil isi sahaja pun boleh...kalau ikan tamban@kembung saya blend je sekali dgn tulang2 dan kepalanya..pastikan hancur betul ya. Jangan risau...sy biasa buat. Memang hancur.
4. Blend bersama sayur pilihan kita. Nak tambah segenggam ikan bilis pun boleh...lagi sedap(kucing sy cakap la). Blend sehingga larut dan hancur kesemuanya.
5. Masak semula guna air rebusan tadi dalam 1/3 dari kuantiti bahan kisaran. Tak cair tak pekat. Masukkan agar-agar tali(setengah sahaja kalau paket besar). Masak hingga sebati.
6. Letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk(bahagian bawah). Biar dalam 3 ke 4 jam.
7. Sedia untuk dimakan. Potong mcm wetfood dan hidangkan berhias kasih sayang. Kalau anda nk makan dgn nasi dan kicap pun boleh tp lepas tu mengiau la. Meow~

*Bajet*
-Ikan tamban 1kg RM2.00
-Agar-agar tali setengah paket RM2.50
-Sayur segenggam takkan takde kt rumah... Letak la dalam RM0.50
TOTAL = RM6.00 hingga 10.00

--> Jimat boleh makan lebih seminggu. Selangkan dgn kibbles supaya kucing anda tak naik lemak dan cerewet makan. Ajar dia bersusah sikit. Bagi wetfood ni pagi dan malam sebelum tidur sahaja. Tengahari macam biasa. Homemade Wetfood ni lebih sihat dan menyelerakan...tanpa bahan pengawet. Kucing lebih manja dan kurang degil bila makan air tangan tuannya. Selamat menggemukkan kucing! 😊🐈





Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :