Asalnya terdapat 2 buah pulau di Jepun dikenali dengan nama pulau kucing. Tapi yang paling terkenal adalah “Neko shima” ataupun Tashirojima. Pada tahun 1950, hanya terdapat kira-kira seratus orang sahaja menetap disitu, dengan majoriti warga 70-an.
Kucing adalah antara haiwan yang paling disayangi penduduk Jepun. menjadi kesalahan besar bagi yang membunuh dan menganiayai haiwan ini. Pada masa lalu, nelayan di pulau tersebut membela kucing untuk membunuh tikus. Walaugaimanapun, kucing membiak dengan pantas di pulau itu dan akhirnya melebihi penduduk tempatan. Mereka percaya bahawa dengan memberi makanan kepada kucing-kucing tersebut, ia akan membawa nasib yang baik. Doktor haiwan pula akan sentiasa membuat pemeriksaan ke atas kucing disitu, untuk memastikan mereka sentiasa sihat. Dan dalam masa yang singkat juga, sektor perlancongan di pulau tersebut meningkat dimana orang ramai dari seluruh dunia datang kesini hanya untuk melihat bagaimana kucing-kucing ini hidup dalam keadaan bebas dan bahagia.