Tuesday 25 April 2017

Unknown

TUAH KUCING JALANAN MERUBAH HIDUP TUANNYA


Kisah 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Dimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya . Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya










James berasal dari keluarga yang kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah randah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.

James hidup merempat dijalanan hampir 10 tahun dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.

Suatu hari, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang luka parah, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Rezeki kucing siapalah tahu. Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan. 



Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :